Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Zon Bebas Tentera hari ini sempena sidang kemuncak pertama di antara kedua-dua negara sejak lebih sedekad.
Ketibaan Jong Un di Garisan Sempadan Ketenteraan berkenaan menjadikan beliau pemimpin Korea Utara pertama menjejakkan kaki ke Selatan sejak Perang Korea pada 1953.
Jae-in menyambut ketibaan Kim di antara sempadan kedua negara sebelum melangsungkan perbincangan yang bertumpu kepada isu senjata nuklear Utara.
"Saya gembira dapat bertemu dengan anda," kata Jae-in kepada rakan sejawatnya Jong Un.
Pemimpin Korea Selatan itu juga sempat melangkah masuk seketika ke Korea Utara sebagai tanda penghormatan sebelum keduanya bergerak menuju ke bangunan 'Peace House' di sebelah selatan Panmunjom untuk sidang kemuncak itu. - AFP
27 April 2018 - 17:36
News ID: 891125
Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un tiba di Zon Bebas Tentera hari ini sempena sidang kemuncak pertama di antara kedua-dua negara sejak lebih sedekad.